Resepi Mee Kari Padu Ala-ala Nyonya
Portion per serving : 1-2 pax
Mee kari atau curry laksa sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia mahupun Indonesia. Kepekatan rempah kari, bersama santan segar pasti menambah selera. Disebatikan pula dengan udang, isi ayam mahupun telur rebus sebagai hidangan istimewa. Disini saya ingin kongsi rahsia resepi mee kari yang pastinya sedap dan mudah disediakan. Resepi ini saya belajar dari Chef terkemuka berbangsa cina. Beliau hanya berniaga mee kari ini di Singapura. Dan beliau menurunkan ilmunya kepada saya. Jadi tak salah kalau ilmu kita kongsi bersama dan saya telah pun mendapat izin dari chef tersebut. Terima kasih Chef!
Bahan A:
-1 biji bawang besar (blend)
-5 ulas bawang putih (blend)
-1 inci halia (hiris)
-3 batang serai (ketuk)
-10-15 tangkai cili kering (rebus dan blend)
-20 helai daun kari
-1 keping ikan masin tulang jenahak
Bahan B:
-5 sudu kecil rempah kari
-1 sudu kecil serbuk ketumbar
-1 sudu kecil serbuk jintan manis
-1 sudu kecil serbuk jintan putih
Bahan tambahan:
-2 ekor udang
-1 batang fish cake (hiris)
-4-5 ketul tauhu kering
-4 biji dumpling ayam
-isi kerang
-8-9 biji bebola ikan
-isi ayam
Bahan C:
-1/2 (setengah) peket mee kuning
-2 batang kacang panjang
-taugeh
-telur rebus
Cara-cara:
Tumis serai, daun kari dan kepingan ikan kering. Tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan blend (bawang besar, bawang putih dan halia).. tumis sebati sehingga perang dan garing.
Kemudian, masukkan cili kering yang telah diblend. Tumis hingga pecah minyak.
Apabila tumisan tadi sudah pecah minyak, masukkan pula Bahan B (rempah kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis & jintan putih). Hati-hati kerana ia akan cepat kering dan hangit. Segera masukkan 3 cawan air. Kacau sekata.
Bergini rupa apabila sudah masukkan air. Biarkan mendidih seketika. Masukkan perasa garam, Ajinomoto atau serbuk secukup rasa dan sedikit gula.
Selesai didih, tapiskan bahan-bahan yang ada sebab kita hanya perlukan kuah dia sahaja..
Setelah itu, pindahkan kuah dari kuali ke periuk lebih kecil. Hal ini lebih memudahkan kerana kita dah pun dapatkan paste tersebut dan lebih mudah untuk sambung masak semula. Hehe!
Sambil mendidih tu, masukkan semua bahan topping yang anda ada dan anda suka.
Kalau lihat pada texture udang tu warna sudah kemerahan bermakna bahan2 yang lain sudah pun masak.
Agak-agak dah masak, masukkan sayur kacang panjang dan taugeh.
Setelah tu, masukkan sedikit susu sejat. Sedikit sahaja tau! Jangan buh 1 tin
Jangan lupa bahan wajib iaitu santan kelapa. Kalau ada santan fresh lagi bagus. Tapi santan kotak ni lebih mudah untuk dapat dan simpan. Letak dalam 5 sudu sahaja.. kalau cair boleh tambah lagi sesudu dua.
Sebelum dihidang, celur terlebih dahulu mee kuning. Lepastu masukkan lah dalam mangkuk macam ni haaa....
Jadi macam ini lah rupa mee kari kita.. rasa sebiji macam kat kedai. Selamat mencuba!



















Comments
Post a Comment